Proceedings of the 1st International Conference on Language, Education & Innovation 2015
ISBN 978-967-13140-1-2

Hubungan Faktor Penghalang Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah

Wan Azlan Wan Ismail & Tajul Arifin Muhamad

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRACT

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau faktor penghalang dan penglibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Subjek kajian terdiri daripada n=205 orang pelajar di tiga buah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Instrumen yang digunakan merupakan adaptasi daripada Leisure Constraints Scale (LCS) yang dibentuk oleh Carwford et al. (1991). Kajian ini menggunakan analisis deskriptif serta analisis inferensi dalam bentuk Kolerasi Pearson. Hasil kajian telah menunjukkan terdapat kolerasi di antara faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan penglibatan pelajar. Kajian ini juga menonjolkan faktor struktur yang paling utama menjadi faktor penghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi sokongan kepada para guru serta pelajar agar memastikan kelas Pendidikan Jasmani sentiasa dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan supaya pelajar mendapat manfaat yang maksimum.

KEYWORDS

Aktiviti Pendidikan jasmani, penglibatan pelajar, halangan struktur, halangan Interpersonal, halangan intrapersonal

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)