Proceedings of the 2nd International Conference on Language, Literature, Culture and Education 2015
ISBN 978-967-13140-3-6

Perbandingan Tumbuh- Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Quran Al-Karim

Saipol Barin Ramli, S.O. Mei, A.F. Husin

Sultan Idris Education University, Malaysia

ABSTRACT

Terdapat sebanyak 1300 ayat yang menceritakan tentang perihalan kejadian makhluk dalam Al-Qur’an Al- Karim. Jumlah ini hampir kepada 1/6 isi ayat Al-Qur’an Al-Karim. Perkataan tumbuh-tumbuhan pula dicatat hampir 15% dalam ayat-ayat ini. Ia jelas menunjukkan bahawa istilah tumbuh-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej Allah S.W.T kepada manusia. Penggunaan istilah tumbuh- tumbuhan sebagai perbandingan (al-Mathal) dalam gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim adalah kerana tumbuh- tumbuhan merupakan antara unsur yang hampir dengan kehidupan manusia. Manusia sentiasa berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu penggunaan istilah tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim adalah bertujuan untuk memudahkan manusia bagi memahami setiap mesej yang hendak disampaikan oleh Allah S.W.T. Fokus kajian ini ialah dalam bidang analisis wacana yang merujuk kepada ayat-ayat dalam Al-Qur’an Al-Karim sebagai korpus kajian. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Kedua- dua metodologi ini mempraktikkan kaedah kajian perpustakaan dan tinjauan luar. Data yang diperoleh dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam dan moden dalam bidang analisis wacana Arab. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan ayat perbandingan yang menggunakan istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al- Karim adalah sebanyak sembilan ayat yang dibincangkan dalam lima topik yang berlainan.

KEYWORDS

Perbandingan, Tumbuh-Tumbuhan, Analisis Wacana Arab, Gaya Bahasa Al-Quran Al- Karim

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)