Proceedings of the 4th International Conference on Language, Literature, Culture and Education 2016
978-967-13879-1-7

Ciri Personaliti Berkualiti Guru dalam Pengajaran: Sebuah Kajian Kes Dalam Kalangan Guru Sejarah Tingkatan Enam Di Daerah Penampang

Mohd Shahudin Karim, Rosy Talin

Universiti Malaysia Sabah

ABSTRACT

Penjenamaan semula Tingkatan enam yang telah diumumkan oleh bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Julai 2012 telah menyebabkan perubahan pentaksiran dan penilaian prestasi pelajar dalam peperiksaan. Apabila berlaku pembaharuan kurikulum dalam sistem pendidikan pihak yang paling penting menyokong perubahan tersebut ialah guru. Oleh itu, kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran perlu ditingkatkan supaya dapat membantu pelajar mencapai prestasi yang baik. Kajian ini bertujuan untuk mencadangkan ciri kualiti yang perlu ada dalam personaliti berkualiti guru Sejarah Tingkatan enam berdasarkan perspektif pelajar. Model “The Big Five Personality” iaitu keterbukaan pada pengalaman, sifat berhati-hati, ekstroversi, menyenangkan dan neurotisism telah dijadikan sebagai “benchmark” untuk menerangkan ciri personaliti. Kajian ini adalah satu kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati pelajar mengutamakan personaliti ekstroversi dan keterbukaan pada pengalaman sebagai ciri personaliti berkualiti guru Sejarah. Pelajar mengharapkan guru mempunyai personaliti ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

KEYWORDS

Ciri Kualiti, Personaliti Berkualiti & Kualiti Guru

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)