Proceedings of the 9th International Conference on Language, Education, Humanities, and Innovation 2018
978-967-15953-0-5

Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21

Norul Haida Bt.Reduzan, Zulkifli Osman, Abdullah Yusof

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

ABSTRACT

Penyelidikan ini tentang Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya. Pembelajaran Abad ke-21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Three Stray One Stay dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Seterusnya, objektif kedua ialah membincangkan kelebihan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Three Stray One Stay dalam pembinaan karangan bahasa Melayu. Dalam kajian ini seramai 40 orang pelajar dari tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya dipilih sebagai sampel kajian. 10 orang pelajar dipilih untuk menjalankan kaedah pemerhatian dan 30 orang lagi dijadikan responden untuk kaedah soal selidik. Data diperoleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan kaedah kuantitatif melalui soal selidik. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Konstruktivisme Jean Piaget (1976). Dapatan kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 khususnya menggunakan teknik Three Stray One Stay dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah mampu meningkatkan tahap pencapaian penulisan karangan pelajar berbanding sebelum guru melaksanakan teknik PAK21. Justeru, guru harus lebih didedahkan dan mahir dalam PAK21 serta pelaksanaannya di sekolah harus diperluas.

KEYWORDS

Keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, bahasa Melayu, abad ke-21

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)