Proceedings of the 1st International Conference on Language, Literature, Culture & Education 2014
ISBN 978-967-13140-0-5

Perbandingan Religiositi Menurut Perspektif Islam dan Barat

Rafiza Mohamed, Jaffary Awang, Ahmad Sunawari Long, Zaizul Ab Rahman

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRACT

Religiositi adalah satu istilah yang semakin meluas penggunaannya dalam kalangan sarjana. Ia dikaitkan dengan pelbagai definisi mengikut pandangan dan ideologi mereka. Sejarah religiositi dilihat semakin berkembang berikutan lahirnya beberapa teori sama ada dalam kalangan para sarjana Islam atau sarjana Barat. Teori mereka boleh diteliti menerusi kajian yang telah dilakukan sejak hampir sembilan dekad lalu. Kajian ini bertujuan mengetengahkan perbandingan religiositi dari perspektif Timur dan Barat serta menilai beberapa gap hasil daripada perbezaan tersebut. Perbincangan ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis teks dan kajian sejarah. Artikel ini dibahagikan kepada empat bahagian, pertama konsep religiositi dari perspektif sarjana Muslim dan sarjana Barat. Kedua, membincangkan kaitan epistemologi Islam dan Barat dalam kerangka konsep religiositi, ketiga, membincangkan tema-tema persamaan dan perbezaan antara Muslim dan sarjana Barat. manakala keempat, menganalisis metodologi perbahasan. Penulis merumuskan isu religiositi telah dibincangkan oleh kalangan sarjana Islam dalam terminologi yang berbeza berbanding dengan Barat yang lebih menggunakan pendekatan “man centric”.

KEYWORDS

religiositi, sarjana Islam dan Barat.

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)