Proceedings of the 1st International Conference on Language, Literature, Culture & Education 2014
ISBN 978-967-13140-0-5

Menterjemah Nama Bahan Kimia Bahasa Asing kepada Bahasa Kebangsaan

Muhammad Nasri, Vijayaletchumy Subramaniam

Universiti Putra Malaysia

ABSTRACT

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama-nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Dalam kajian ini nama-nama bahan kimia dalam bahasa kebangsaan adalah nama-nama bahan kimia bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana ia sesuai dengan responden yang merupakan rakyat Malaysia dan sedang menerima pendidikan di Universiti Putra Malaysia dalam bidang sains kimia. Manakala, nama bahan kimia dalam bahasa asing pula adalah nama bahan kimia bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang agak dominan dalam pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian ini memberikan data empirik yang terkini tentang kemampuan golongan mahasiswa tersebut dalam menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada nama bahan kimia dalam bahasa kebangsaan. Data ini kemudiannya dianalisis berdasarkan beberapa pengelasan dan kategori yang bersangkutan dengan senarai bahan kimia yang telah diberikan kepada responden. Berdasarkan data dan analisis dalam kajian ini, kelemahan dan kelebihan golongan mahasiswa tersebut dapat diteliti. Ia juga dapat membantu dari sudut maklumat dalam menyusun langkah dan strategi bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang mampu menjadi penterjemah yang unggul serta menyumbang kepada menghasilkan karya-karya terjemahan bidang sains kimia yang berkualiti tinggi dalam bahasa kebangsaan.

KEYWORDS

menterjemah, nama bahan kimia, bahasa kebangsaan, bahasa asing, bahasa Melayu, bahasa Inggeris

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)