Proceedings of the 1st International Conference on Language, Education & Innovation 2015
ISBN 978-967-13140-1-2

Tahap Kepercayaan Guru Sains Terhadap Keupayaan Institusi Pendidikan Sains Informal

Suhaiza Mat Said, Lilia Halim

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRACT

Pendidikan sains informal kini semakin rancak diperdebatkan dalam pelbagai perspektif dan mendapat tempat sebagai pendekatan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan di kalangan pelajar sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepercayaan guru sains terhadap keupayaan institusi pendidikan sains informal (Pusat Sains, Planetarium dan Petrosains) dalam menawarkan salah satu kaedah alternatif dalam pembelajaran sains yang berkesan. Hal ini kerana guru merupakan tonggak utama dalam keberhasilan modal insan yang berkualiti. Kepercayaan ini dapat menyumbang kepada penglibatan guru sains dalam pendidikan sains secara informal. Justeru itu, kajian ini membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam perkaitan antara kepercayaan guru sains dan pengalaman mengajar. Kajian ini melibatkan 212 orang guru sains di 25 buah sekolah menengah harian biasa di daerah Alor Setar, Kedah dan Kuala Terengganu, Terengganu. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul maklumat peribadi responden, tahap kepercayaan guru sains terhadap keupayaan institusi pendidikan sains informal dalam tiga konteks iaitu konteks fizikal, personal dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan guru sains dalam adalah konteks fizikal, personal dan sosial secara signifikan lebih tinggi. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengalaman mengajar tidak mempengaruhi kepercayaan individu terhadap keupayaan institusi pendidikan sains informal dalam kalangan guru-guru sains.

KEYWORDS

Kepercayaan, lawatan lapangan, pendidikan sains informal, institusi pendidikan sains

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)