The 2nd International Conference on Language, Education and Innovation 2015
ISBN 978-967-13140-5-0

Pengadaptasian Proses Konstruktivisme dalam Pengajaran Penulisan Karangan Fakta Berasaskan Bahan Multimedia: Kajian Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Adenan Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

ABSTRACT

Paradigma pengajaran yang menjurus kepada adaptasi bahan multimedia teks dan grafik perlu banyak berkisar kepada proses konstruktivisme, khususnya dalam penulisan. Dalam pengadaptasian proses konstruktivisme, aspek inkuiri dan pembinaan minda dianggap asas bagi guru dalam pengajaran. Justeru, penyelidikan ini dilakukan untuk meninjau persepsi inkuiri dan pembinaan minda bagi guru Bahasa Melayu sekolah menengah yang mengadaptasikan proses konstruktivisme dalam pengajaran penulisan karangan fakta berasaskan bahan multimedia teks dan grafik. Dalam penyelidikan yang berasaskan reka bentuk kuantitatif ini, kaedah tinjauan digunakan dengan berpandukan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi inkuiri dengan pembinaan minda. Daripada kajian ini, guru Bahasa Melayu wajar mempunyai persepsi inkuiri dan pembinaan minda dalam pengajaran yang melibatkan kemahiran- kemahiran lain pula. Bagi bahan multimedia yang dikaji, perlu berfokus kepada elemen- elemen multimedia yang diintegrasikan; teks, grafik, audio, animasi dan audio.

KEYWORDS

Persepsi, proses konstruktivisme, penulisan karangan, bahan multimedia.

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)