Proceedings of the 4th International Conference on Language, Education and Innovation 2016
978-967-13879-3-1

Keberkesanan Penggunaan Buku Teks Bahasa Malaysia (KSSR) Sekolah Rendah

Reduzan, Norul Haida

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

ABSTRACT

Penyelidikan ini telah dijalankan dengan memilih buku teks Bahasa Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku teks ini terhadap kefahaman murid-murid di Sek. Keb. Sungai Tua Baharu, di daerah Gombak dalam konteks kata adjektif. Penggunaan buku teks ini dijadikan sebagai modul pembelajaran dalam konteks-kemahiran berfikir aras tinggi. Objektif kajian ini untuk melihat kesan penggunaan buku teks Bahasa Malaysia [KSSR] Tahun 4 sebagai modul pembelajaran Bahasa Malaysia dan merujuk kepada topik frasa kata adjektif dalam konteks-kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini melibatkan empat puluh orang pelajar dan dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Data diperoleh dengan peratusan sahaja. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dalam kumpulan eksperimen adalah lebih berjaya dalam ujian yang disediakan daripada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa buku teks bahasa Malaysia (KSSR) sangat sesuai dan tepat digunakan sebagai modul pembelajaran di dalam kelas.

KEYWORDS

keberkesanan, buku teks, Bahasa Malaysia

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)