Proceedings of the 6th International Conference on Language, Education, Humanities, and Innovation 2017
978-967-14467-7-5

Model Humor Multimedia dalam Penulisan Naratif Bahasa Melayu

Norul Haida Reduzan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

ABSTRACT

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan multimedia memainkan peranan penting dalam membantu pelajar untuk menguasai kemahiran penulisan naratif Bahasa Melayu. Salah satunya ialah Model humor multimedia yang telah banyak diguna pakai dalam penulisan naratif bahasa Melayu. Guru mengajar para murid dengan menggunakan alatan teknologi maklumat seperti slaid dalam mengajar cara-cara menulis penulisan naratif. Malah, guru juga menggunakan kaedah humor dalam pengajaran mereka. Model humor multimedia melibatkan penggunaan grafik, video, animasi dan sebagainya yang menimbulkan rasa seronok kepada murid. Multimedia digunakan bagi memudah dan menyelesaikan proses pengajaran tersebut. Data kualitatif dianalisis berdasarkan kaedah pembangunan model yang dijustifikasikan kepada Model Dick dan Carey (2005). Data kualitatif pula dianalisis secara deskriptif dan inferensi berdasarkan soalan-soalan kajian. Satu ujian pencapaian akan dilakukan iaitu sebelum dan selepas model humor dalam multimedia didedahkan kepada pelajar. Data ujian pra dan pasca dikumpul sebelum dan selepas ujian. Ujian pra dan pasca melibatkan penulisan karangan naratif mengikut kurikulum standard dan aras yang sesuai. Hasil dapatan lepas menunjukkan keberkesanan penggunaan multimedia banyak memberi kesan yang positif. Multimedia menunjukkan lebih interaktif di mana pengguna tidak menerima maklumat secara pasif seperti membaca buku dan menonton televisyen. Kelebihan dan kebaikan penggunaan multimedia dalam pengajaran penulisan naratif bahasa Melayu ialah cara ini mampu menyediakan pembelajaran secara efektif dan menawarkan model atau contoh-contoh pengajaran yang patut diikuti. Kesimpulannya, penggunaan model humor multimedia dapat memberi motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pengajaran dan pembelajaran.

KEYWORDS

Model, humor, multimedia, penulisan naratif, bahasa Melayu

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)