Proceedings of the 1st International Conference on Language, Education, Humanities & Innovation 2015
ISBN 978-967-13140-2-9

Kaedah Pengajaran Tafsir Al-Qur’an Di Peringkat Menengah Negara Brunei Darussalam

Haji Yahya, Hajah Sarinah

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei

ABSTRACT

Pelajaran Tafsir al-Qur’an merupakan salah satu komponen mata pelajaran agama Islam. Di Negara Brunei Darussalam, pelajaran ini diajarkan di peringkat menengah seluruh negara. Ini termasuk sekolah-sekolah kerajaan dan swasta; sama ada sekolah Arab mahu pun sekolah biasa. Antara elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu di sekolah pula ialah “kaedah pengajaran”. Ia juga berkait rapat dengan elemen “alat bantu mengajar (ABM)” agar proses pengajaran ilmu secara formal atau informal menjadi lebih berkesan dan difahami. Ini tidak terkecuali pengajaran tafsir al-Qur’an di sesebuah institusi pengajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang dipraktikkan di peringkat menengah di Negara Brunei Darussalam. Responden kajian terdiri daripada 84 orang guru yang mengajar mata pelajaran tersebut di 12 buah sekolah yang terpilih. Analisis data kajian dibuat secara metode deskriptif menggunakan SPSS version 16.0 melalui fekruensi atau taburan kekerapan dan peratus. Hasil kajian menemukan beberapa persamaan dan juga perbezaan kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang digunakan di sekolah menengah Arab dan sekolah menengah bukan Arab. Beberapa masalah pula didapati telah dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dalam pengajaran tafsir al-Qur’an.

KEYWORDS

Kaedah pengajaran, tafsir al-Qur’an, Negara Brunei Darussalam

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)